suria

Disiplin Kunci Kejayaan Pahang

KUANTAN: Pemain skuad Tok Gajah mempamerkan tahap disiplin tinggi dan kesungguhan permainan yang membanggakan untuk menempah slot ke pusingan ketiga Piala FA dengan menundukkan Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi, kata pengendali pasukan itu Zainal Abidin Hassan.

Katanya, menerusi perlawanan itu pemain Pahang telah menunjukkan tahap permainan yang baik walaupun banyak peluang yang diperoleh pada separuh masa pertama gagal disempurnakan.

"Separuh masa kedua ada sedikit kelalaian yang memberi peluang kepada lawan bagi menyamakan kedudukan sehingga memaksa permainan diheret ke masa tamahan.

Tempoh 120 minit perlawanan menentang JDT memang merisaukan saya bimbang tidak boleh dihadapi sepenuhnya oleh pemain dengan jadual perlawanan padat yang dilalui," katanya kepada pemberita di sini, Isnin malam.

Katanya, kejayaan yang diperoleh selepas penentuan menerusi sepakan penalti itu tetap memberi kebanggaan kerana Pahang berpeluang mara ke pusingan ketiga bagi mempertahankan kejuaraan dicapai tahun lepas.

Dalam perlawanan malam tadi, Pahang menundukkan JDT 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada aksi pusingan kedua di Stadium Darul Makmur.

Pahang, JDT, Piala FA

Artikel Lain