suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Feyenoord Bertempur Dengan Polis

PENYOKONG pasukan Feyenoord sekali lagi bertempur dengan polis menjelang perlawanan bertemu Roma dalam saingan Liga Europa di Rome pada Rabu.

Dalam pertempuran di ibu negara Itali itu, polis berjaya menahan 33 individu selepas hampir 6,000 penyokong pasukan tersebut membaling botol dan bom asap kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun dalam perlawanan yang berlangsung kemudian, Feyenoord berjaya mengikat tuna rumah 1-1.

Rome merupakan lokasi terkenal pertempuran polis dengan penyokong bola sepak selepas kejadian sama menimpa peminat tegar Tottenham Hotspurs, Manchester United, dan England beberapa tahun lalu.

Datuk Bandar Rome, Ignazio Marino dalam laman sosial twitternya berkata, bandar yang indah itu telah dirosakkan oleh keganasan penyokong bola sepak.

"Saya sangat marah. Apa yang berlaku tidak dapat diterima. Kami saling berhubung dengan Kedutaan Belanda. ianya takkan berakhir di sini.

"Saya akan mendesak dan meminta mereka bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap bandar ini. Banyak kerosakan telah berlaku," katanya.

Feyenoord, Rome

Artikel Lain