suria

Bintang Berusia 16 Tahun Ikat Kontrak Bersama Man United

Indy Boonen

MANCHESTER United menandatangani perjanjian dengan pemain dari Belgium berusia 16 tahun, Indy Boonen, menurut laporan.


Kelab ini bagaimanapun masih belum mengesahkan ketibaan penyerang muda di bahagian tengah itu, tetapi bintang kecil ini memberitahu akhbar HLN bahawa dia diberikan perjanjian tiga tahun ekoran kejayaannya dalam ujian di Old Trafford.

"Ia seperti mimpi," katanya kepada wartawan akhbar tersebut Kristof Terreur, dalam petikan yang dikongsi melalui Twitter.

"Sesi latihan adalah sukar, tetapi saya tidak berasa letih apabila saya sedar saya telah menandatangani perjanjian untuk Manchester United."

Sebuah lagi penerbitan Belgium, Het Belang van Limburg, melaporkan bahawa Manchester City, Arsenal, Feyenoord dan Wolfsburg juga telah berminat untuk menandatangani pemain muda yang amat dihormati itu.

Boonen, yang menyertai skuad remaja di Genk, baharu sahaja memasuki usia 16 beberapa minggu yang lalu, menjadikan dia layak untuk menandatangani kontrak profesional di United.

Adiknya, penjaga gol berusia 13 tahun juga dilaporkan akan menyertai pasukan remaja United apabila seluruh keluarganya berpindah ke Manchester pada musim panas.

Anak kepada pemain profesional Belgium Jacky Boonen pada era 90 an ini sering dikaitkan dengan United selama beberapa minggu kebelakangan ini.

"Bakatnya lebih besar daripada saya," kata Jacky Boonen kepada HLN, sambil menambah dalam satu laporan yang berbeza bahawa Indy mendapat peluang untuk bertemu rakan senegaranya yang terkenal di United.

"Indy kagum apabila dapat bertemu rakan senegaranya Marouane Fellaini dan Adnan Januzaj," kata Jacky kepada Het Belang van Limburg.

Boonen menjadi pemain Belgium keenam yang menandatangani perjanjian dalam sejarah United. Pemain lain ialah Januzaj, Fellaini, Andreas Pereira, Marnick Vermijl (kini dipinjamkan kepada Sheffield Wednesday) dan Charni Ekangamene (dipinjamkan ke Zulte Waregem).
Indy Boonen, Jacky Boonen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain