suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Europa: Penalti Balotelli Selamatkan Liverpool

Aksi Balotelli selepas menjaringkan gol.
MARIO Balotelli memberikan kemenangan buat pasukannya pada lewat perlawanan, ketika menentang Besiktas di Anfield pada perlawanan pertama peringkat 32 terakhir, Liga Europa.

Dengan baki masa kurang 10 minit baki, Jordon Ibe dijatuhkan dalam kotak penalti sekali gus memberikan peluang kepada Liverpool untuk memecah keputusan yang terikat 0-0.

Ketiadaan Steven Gerrard yang biasanya mengambil sepakan penalti menyebabkan berlakunya sedikit kekeliruan tentang siapa yang akan melakukannya, namun Balotelli lantas mengambil bola bola dan meletakkannya di tempat sepatutnya untuk sepakan penalti disempurnakan.

Daniel Sturridge kelihatan tidak gembira, begitu juga ketua pasukan Jordan Henderson, tetapi Balotelli mengabaikan mereka dan dengan tenang menyumbat masuk gol kemenangan.

Keputusan ini bermakna Liverpool kini sedang mendahului dan akan bermain dalam perlawanan kedua di Turki Khamis depan.
Liga Europa, Mario Balotelli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain