suria

Kempen Presiden Fifa: 48 Pasukan Terlibat Pusingan Akhir Piala Dunia

LUIS FIGO bercadang untuk menambah jumlah pasukan yang bersaing dalam pusingan akhir Piala Dunia jika dipilih sebagai Presiden FIFA kali ini.

Setakat ini, Fifa hanya membenarkan 32 pasukan beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia, namun Figo berhasrat menambah sebanyak 16 pasukan lagi, menjadikan jumlah keseluruhan 48 negara bakal terlibat.

Bekas pemain Real Madrid dan Portugal itu menyenaraikan penambahan pasukan tersebut sebagai manifestonya ketika berkempen di Stadium Wembley pada Khamis.

Selain itu, Figo yang terkenal dengan skilnya turut bersedia mengeluarkan belanja dari Fifa bagi program akar umbi dalam usaha mengasah muda di seluruh dunia.

"Saya percaya kita perlu mengambil kira cadangan untuk memperluaskan persaingan dalam pusingan akhir Piala Dunia daripada 32 kepada 40 atau 48 pasukan.

"Peningkatan jumlah pasukan itu akan menambah tiga atau empat hari dalam kejohanan tersebut.

"Penambahan ini bukan hanya untuk pasukan Eropah sahaja, tetapi dari setiap benua yang terlibat," jelasnya kepada pemberita.

Fifa, Figo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain