suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terus Dibelenggu Kecederaan, Aksi Carroll Masih Samar

PENYERANG West Ham, Andy Carroll yang terpaksa melupakan aksi sepanjang musim ini mendedahkan keadaan lututnya selepas pembedahan Selasa lalu.

Carroll mengalami kecederaan ketika aksi seri 0-0 bersama Southampton minggu lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu berkongsi gambar lutut selepas pembedahan di laman Instagram miliknya.

Carroll mengalami kecederaan lutut minggu lalu.


Berikutan pembedahan itu, Carrol terpaksa berehat seketika selepas hanya merekodkan 24 permainan dalam tempoh 18 bulan kerana turut berdepan dengan kecederaan lain sebelum ini.

Carrol membuat penampilan pertama pada November lalu selepas kecederaan di buku lali yang memaksa dia menjalani pembedahan ketika aksi pra musim bermula.

Bekas penyerang England ini turut mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan bertemu Liverpool 31 Januari lalu.
Andy Carrol, West Ham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain