suria

F1: Pelumba Dilarang Menukar Reka Bentuk Topi Keledar

Salah satu topi keledar yang digunakan Vettel ketika bersama pasukan Red Bull.

PERATURAN baharu kepada pelumba-pelumba Formula Satu (F1) akan digunakan musim ini dengan menetapkan larangan menukar reka bentuk topi keledar dalam satu musim perlumbaan.

Selain untuk meningkat promosi acara sukan permotoran ini, pihak atasan F1 turut mengambil kira keluhan peminat yang sukar mengenali pelumba kesukaan mereka apabila warna topi keledar sering bertukar.

Beberapa pelumba terkemuka pada masa kini menukar warna topi keledar mereka dalam setiap kali perlumbaan.

Salah seorangnya ialah juara dunia empat kali Sebastian Vettel yang telah menggunakan 60 biji topi keledar dengan reka bentuk berbeza sepanjang kariernya.

Pihak atasan pasukan, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Supremo F1 Bernie Ecclestone bersetuju untuk menghadkan hanya satu rekaan sahaja yang boleh digunakan dalam satu musim.

Peraturan baharu itu telah dipersetujui pada mesyuarat khas F1 di Geneva minggu lalu dan dijangka turut dipersetujui oleh Majlis Permotoran Dunia FIA.

Dengan adanya peraturan baharu ini, ia akan memudahkan peminat-peminat mengenali pelumba ketika aksi perlumbaan.

F1, topi keledar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain