suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Sedia Bayar Cavani RM1.21 Juta Seminggu

MANCHESTER UNITED dilapor sedia membayar gaji sebanyak £220,000 (RM1.21 juta) seminggu kepada Edinson Cavani bagi memastikan pemain itu tiba di Old Trafford pada akhir musim ini.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu juga turut menjadi sasaran Arsenal, walaupun United telah cuba mendapatkanya pada awal musim lalu.

Menurut Metro.co, pengendali United, Louis van Gaal telah memberi arahan untuk menandatangani Cavani selain memberi gaji sebanyak RM1.21 juta seminggu kepada pemain itu.

United sebelum ini dikatakan akan membawa masuk penyerang baharu pada akhir musim ini dengan menyerah semula pemain pinjaman, Radamel Falcao kepada Monaco.

Berikutan ketiadaan Falcao, posisi itu akan diganti oleh Cavani yang bakal dibeli pada harga £50 juta dari PSG.

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain