suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Southampton Mahu Clyne Lupakan Man United

PERTAHANAN Southampton, Nathaniel Clyne perlu melupakan perpindahan ke Manchester United pada akhir musim ini, jelas pengerusi kelab itu, Ralph Kreuger.

Hal ini kerana, Southampton mempunyai perancangan untuk memantapkan barisan pemain termasuk menyambung kontrak pemain berkenaan.

Clyne dilaporkan enggan melanjutkan kontraknya selepas menjadi sasaran United dalam jendela pemindahan akan datang.

Bagaimanapun, kelab tersebut tidak rela pemain berusia 23 tahun itu mengikut jejak langkah Luke Shaw untuk ke Old Trafford.

"Kami mempunyai perancangan. Saya tidak boleh mendedahkan secara terperinci ketika ini, tunggulah.

"Semuanya akan bermula musim depan dan ia termasuk sesuatu yang lebih besar (untuk kelab)," ujarnya.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain