suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Chelsea Terlibat Kemalangan

SKUAD kendalian Jose Mourinho dikejutkan dengan kemalangan bas ketika tiba di Paris untuk bertemu Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-juara Eropah pada Rabu.

Kemalangan itu berlaku ketika bas yang membawa pemain, pegawai dan jurulatih Chelsea itu cuba memasuki laluan sempit di Stadium Par des Princes untuk ke bahagian bawah stadium.

Kegagalan pemandu bas mengawal kenderaan itu menyebabkan sebahagian tingkapnya pecah dan bas terhenti di situ.

Berikutan itu, seluruh pegawai dan pemain Chelsea diminta meninggalkan bas dan berjalan ke bilik persalinan.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku terhadap pemain atau pegawai pasukan.

Bagimanapun, kelihatan riak wajah Mourinho yang kecewa dengan kejadian tersebut.

Chelsea, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chelsea, PSG Sekadar Seri

Artikel Lain