suria

PSG Kesan Helah Kotor Jose Mourinho

Mourinho dan Blanc

PENGENDALI Paris Saint-Germain (PSG), Laurent Blanc menasihatkan anak didiknya supaya tidak terikut dengan helah kotor Jose mourinho menjelang perlawanan menentang Chelsea dalam pusingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah.

Hal ini kerana, Blanc tidak mahu kelab yang berbelanja besar dalam mendapatkan pemain itu sekali lagi ditunjuk jalan keluar oleh Chelsea dalam saingan tersebut.

Blanc memberitahu anak didiknya bahawa Mourinho kini telah memulakan serangan psikologi dengan mensasarkan pemain tengah iaitu Marco Veratti.

Veratti menjadi sasaran awal Mourinho kerana pemain itu mempunyai sikap panas baran yang boleh merosakkan taktikal PSG.

Serangan yang berjaya dihidu oleh Blanc itu bagaimanapun bakal dijadikan senjata untuk memastikan Chelsea terkandas di pusingan kalah mati.  


Chelsea, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain