suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rooney Diselar Kerana Sengaja Jatuhkan Diri

KETUA pasukan Manchester United, Wayne Rooney didakwa telah menipu untuk mendapatkan penalti dalam saingan Piala FA menentang Preston pada awal pagi Selasa.

Pengulas sukan, Stan Collymore berkata, penipuan Rooney itu jelas apabila dia hanya terjatuh selepas jauh melepasi penjaga gol lawan Thorsten Stuckmann.

Dengan penalti yang disudahkan Rooney, pemain tengah terbabit berjaya menyumbang satu gol ketika membantu United menewaskan Preston 3-1 dalam perlawanan berkenaan.

"Rooney tidak sepatutnya sengaja menjatuhkan diri kerana dia merupakan ketua pasukan untuk United dan England.

"Dia sengaja melagakan kakinya selepas melepasi penjaga gol. Penipuan seperti ini telah berjuta kali dilakukan oleh pemain bola sepak," jelasnya.

Tambahnya, Rooney tidak sepatutnya melakukan demikian apabila diberi penghormatan untuk menjadi kapten sebuah pasukan besar seperti Manchester United dan England.


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain