suria

Miralem Pjanic Ganti Steven Gerrard?

LIVERPOOL perlu memecah rekod pembelian pemain kelab itu dengan membelanjakan sebanyak £37 juta jika ingin mendapatkan bintang Roma, Miralem Pjanic untuk menggantikan Steven Gerrard.

Selain itu, kelab tersebut juga perlu membayar gaji sebanyak £160,000 seminggu kepada pemain tengah Bosnia terbabit bagi memastikan dia tiba di Anfield.

Liverpool dilaporkan sedang berusaha mendapatkan Pjanic, 24, apabila Brendan Rodgers didakwa berada di Rome pada minggu lalu.

Rodgers juga dilapor telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Bola Sepak Roma, Walter Sabatini ketika berada di ibu negara Itali itu.

Selain itu, Liverpool turut meluahkan minat mereka terhadap dua lagi pemain Roma iaitu Radja Nainggolan, 26, dan Adem Ljajic yang kedua-duanya bermain di bahagian tengah.

Bagaimanapun, Pjanic merupakan sasaran utama Liverpool ketika ini dalam usaha mencari pengganti kepada ketua pasukan berkenaan yang akan meninggalkan kelab tersebut pada hujung musim ini.



Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain