suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Dahului Buru Alvaro Arbeloa

Alvaro Arbeloa.

CHELSEA dikhabarkan mendahului dalam misi untuk mendapatkan pemain Real Madrid, Alvaro Arbeloa pada musim panas akan datang. 

Pengurus pasukan, Jose Mourinho yakin menjadi faktor yang mampu menjadi magnet untuk menarik Arbeloa supaya berhijrah ke Stamford Bridge.

Sebelum ini dilaporkan Albeloa akan kembali bertapak di Liga Perdana Inggeris. Arsenal dan Chelsea merupakan kelab yang bersiap untuk bersaing bagi mendapatkan pemain Read Madrid itu.

Bagi Arbeloa, Liga Perdana Inggeris bukanlah persaingan yang asing buat dirinya. Ini kerana pemain berusia 32 tahun itu pernah pun menunjukkan aksi di Liverpool antara 2007 dan 2009 sebelum memasuki Real Madrid.

Beliau kini disebut-sebut akan kembali ke Britain. Chelsea dikatakan sebagai kelab yang mendahului dalam mendapatkan khidmat pemain kelahiran Sepanyol itu.

Hubungan rapat Arbeloa dengan Mourinho mungkin meraih peluang baik untuk mendapatkan pemain itu buat The Blues. Ini kerana kedua-duanya pernah bekerjasama sewaktu di Real Madrid.

Alvaro Arbeloa

Artikel Lain