suria

Taja Skuad Man United, Adidas Tak Sambung Kontrak Dengan Murray

JAGUH tenis No.1 Britain, Andy Murray bakal kehilangan tajaan pakaian selepas Adidas tidak menyambung kontrak bersamanya.

Bukan sahaja Murray, malah pasukan kriket England, Irish Lions turut kehilangan kontrak tajaan selepas syarikat sukan gergasi dunia itu akan melabur £750 juta (RM4.1 bilion) kepada skuad Manchester United di Old Trafford musim depan.

Adidas tidak bersedia untuk menyambung kontrak bersama Murray kerana peningkatan kos manakala kerjasama dengan pasukan kriket England dijangka tamat lebih awal kerana prestasi.

Syarikat berpengkalan di Jerman itu turut mengumumkan kerjasama selama 18 tahun bersama skuad  Lions akan berakhir walaupun jersi replika pasukan mendapat sambutan penjualan yang baik.

Adidas tampil melabur jumlah lebih besar kepada Man United sekali gus mengetepikan musuh terdekatnya Nike dan mendedahkan akan memberi fokus kepada aktiviti bola sepak, kecergasan dan maraton.

Andy Murray, Adidas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain