suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah ke solat pakai stoking nipis? Asma’ Harun perjelas kekeliruan, kongsi tip mudah elak aurat terdedah

Menutup aurat dengan sempurna ketika menunaikan solat adalah wajib. -Gambar hiasan AI

MENUTUP aurat dengan sempurna merupakan antara syarat sah solat yang wajib dipenuhi oleh setiap Muslim. 

Bagi memastikannya menepati syariat yang ditetapkan, golongan hawa cenderung memakai stoking ketika solat bagi mengelak aurat terdedah.

Namun timbul persoalan apabila terdapat stoking yang bahagian jahitannya kelihatan sedikit nipis sehingga menampakkan samar-samar warna kulit.

Situasi yang berlaku itu membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada solat yang didirikan masih sah atau perlu diulang semula.

Menjelaskan perkara tersebut, pendakwah Ustazah Asma' Harun berkata, hukum bergantung kepada sejauh mana warna kulit dapat dilihat melalui stoking berkenaan.

Menurut Asma', jika stoking hanya kelihatan nipis pada bahagian jahitan tetapi warna kulit tidak dapat dikenal pasti atau dibezakan daripada jarak kebiasaan dua orang berbual, iaitu sekitar 1.5 meter, maka solat didirikan masih sah.

Penggunaan telekung yang labuh dan tebal adalah digalakkan. -Gambar hiasan AI

Penggunaan telekung yang labuh dan tebal adalah digalakkan. -Gambar hiasan AI

Sebaliknya, jika warna kulit jelas kelihatan dan boleh dibezakan melalui stoking pada pandangan biasa, maka stoking itu dianggap tidak memadai untuk menutup aurat menurut mazhab al-Syafi'i sehingga boleh menyebabkan solat tidak sah.

Memetik pandangan beberapa ulama mazhab terbabit, Imam al-Syirazi menyatakan wajib menutup aurat dengan sesuatu yang tidak menampakkan warna kulit.

(Kitab al-Muhazzab, 1/125)

Bahkan katanya, Syeikh Zainuddin al-Malibari menjelaskan aurat hendaklah ditutup dengan sesuatu yang tidak memperlihatkan warna kulit apabila dilihat dalam majlis al-takhatub, iaitu jarak kebiasaan antara dua orang yang sedang bercakap. (Kitab Fath al-Mu‘in, 1/86)

Menjelaskan mengenai petikan tersebut, Ustazah Asma' berkata, menutup aurat dengan sempurna merupakan syarat sah solat bagi lelaki dan wanita. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya masih ramai buat! Pendakwah tegur tabiat makmum suka baca surah kuat-kuat sampai orang sebelah tak khusyuk

Bagi wanita, seluruh tubuh merupakan aurat kecuali wajah dan kedua-dua tapak tangan, manakala kedua-dua tapak kaki juga wajib ditutup ketika menunaikan solat.

Mengulas lanjut, beliau berkata pakaian yang digunakan untuk menutup aurat hendaklah mampu menghalang warna kulit daripada kelihatan.

Justeru, wanita yang mendapati jahitan stoking mereka kelihatan sedikit nipis tidak perlu terus berasa bimbang. 

Sebaliknya, perkara utama perlu diberi perhatian ialah sama ada warna kulit masih boleh dikenal pasti pada pandangan biasa atau sebaliknya.

Walaupun begitu, Asma' menyarankan agar wanita memilih stoking lebih tebal atau melabuhkan telekung ketika solat bagi mengelakkan khilaf serta memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Artikel Lain