Penggunaan jin dalam medium rawatan adalah haram dan bertentangan dengan syariat Islam. -Gambar hiasan AI
PERBINCANGAN mengenai rawatan Islam sering mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat, terutama apabila ia dikaitkan dengan dakwaan penggunaan jin sebagai medium merawat pesakit.Tidak kurang juga yang tertanya-tanya sama ada kaedah sedemikian dibenarkan dalam Islam atau sebaliknya. Persoalan itu turut dibangkitkan oleh seorang pengguna Threads yang bertanyakan hukum memanggil jin masuk ke dalam badan seseorang sebagai medium rawatan susulan satu rancangan podcast memaparkan peristiwa tersebut tular."Apa hukum panggil jin masuk ke dalam badan seseorang sebagai medium? Haram, ia termasuk dalam menggunakan khidmat jin yang sangat dilarang dalam Islam," katanya sambil menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan itu.Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi laman sesawang rasminya menjelaskan perubatan Islam merupakan salah satu ikhtiar untuk merawat penyakit fizikal dan rohani seseorang.Namun tidak semua individu atau pusat rawatan mengamalkan perubatan Islam sebenarnya menepati syarak.Perawat Islam akan menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai medium pengubatan. -Gambar hiasan AIJelasnya, perawat yang membuat perjanjian atau meminta bantuan jin, termasuk jin yang mengaku beragama Islam adalah tidak menepati etika perawat Islam kerana sifat jin sendiri tidak boleh dipercayai dan cenderung menipu.Malah, perbuatan meminta pertolongan daripada jin turut dilarang sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Jin ayat 5 dan 6 yang bermaksud "Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah. "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."Bagaimanapun, sekiranya jin masuk ke dalam tubuh pesakit semata-mata sebagai reaksi terhadap bacaan ayat-ayat ruqyah tanpa diseru oleh perawat, maka kaedah tersebut dibenarkan oleh syarak.Sebaliknya, jika perawat dengan sengaja menyeru atau meminta jin masuk ke dalam badan pesakit sebagai sebahagian daripada proses rawatan, amalan itu jelas bertentangan dengan syariat Islam kerana ia termasuk dalam perbuatan meminta bantuan daripada golongan jin.