suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuasy: Trio Wanita Negara Ke Final Kejohanan Remaja Asia

S. Sivasangari mengesahkan slot final Malaysia apabila mengalahkan Adya Advani 11-5, 11-3, 7-11 dan 11-8, Sabtu.

KUALA LUMPUR: Skuad skuasy berpasukan wanita negara meraih slot ke final Kejohanan Remaja Asia Berpasukan ke-17 dengan menewaskan India 2-1 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.

Pada saingan separuh akhir hari ini, India terlebih dahulu berada di hadapan apabila Harshit Kaur Jawanda menewaskan wakil negara, Rachel Mae Arnold 14-12,10-12, 8-11, 11-4 dan 11-8.

Pemain kedua negara, Teh Min Jie bagaimanapun menghidupkan peluang Malaysia untuk menyamakan kedudukan 1-1 selepas menumpaskan Akanksha Hemant Salunkhe 2-11, 12-10 11-4 dan 11-4.

S. Sivasangari mengesahkan slot final Malaysia apabila mengalahkan Adya Advani 11-5, 11-3, 7-11 dan 11-8.

Skuad negara akan bertemu Hong Kong pada final Ahad.

Hong Kong meraih tiket ke final selepas menewaskan Singapura 2-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Kejohanan Remaja Asia, Skuasy

Artikel Lain