suria

De Gea Boleh Tinggalkan Man United - Van Gaal

LOUIS VAN GAAL mengakui David de Gea boleh meninggalkan Manchester United untuk menyertai Real Madrid di negara kelahirannya selepas berjaya mempamerkan aksi memukau peminat bola sepak.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Belanda itu tidak akan membiarkan penjaga gol muda terbabit meninggalkan Old Trafford, sebaliknya akan berusaha melanjutkan kontraknya.

"Dalam bola sepak segalanya boleh berlaku, tetapi kami akan kekalkan dia (De Gea) di United," jelasnya.

Khabar angin penghijrahan De Gea ke Real Madrid semakin kuat bertiup selepas kehadiran bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes.

Pemain berusia 24 tahun itu kini mempunyai baki kontrak selama 17 bulan bersama United dan ia membuka jalan mudah untuk kelab lain memancingnya.

Sementara itu, ejen De Gea memberitahu," Dia pemain United dan kontraknya masih di sini. Kita perlu menghormati, tetapi perkara itu berubah setiap lima minit."

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain