suria

Djokovic Jumpa Murray Di Final Terbuka Australia

Djokovic menunjukkan isyarat bagus selepas menewaskan Wawrinka.
MELBOURNE: Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan juara bertahan, Stan Wawrinka untuk mara ke final perseorangan lelaki di kejohanan tenis Terbuka Australia di sini pada Jumaat.

Pilihan pertama dari Serbia itu menang 7-6 (7/1), 3-6, 6-4, 4-6, 6-0 dalam tempoh tiga jam 30 minit dalam aksi separuh akhir di Melbourne Park.

Dalam aksi final untuk memburu mahkota kejuaraan, Ahad ini, Djokovic akan menentang jaguh Britain, Andy Murray. 

Ini adalah pertemuan keempat berturut-turut antara Djokovic dan Wawrinka yang terpaksa ditentukan dalam permainan lima set dengan Djokovic menang tiga daripadanya.

Djokovic pernah tewas kepada bintang dari Switzerland itu dalam saingan suku akhir Terbuka Australia, tahun lalu.

"Saya tidak beraksi pada tahap yang diharapkan. Pemain lawan memiliki pukulan mantap dan saya sukar menyekatnya apabila dia menguasai pukulan rali. Ia sentiasa emosi, tegang dan sentiasa berdepan pemain ternama dalam separuh akhir Grand Slam," kata Djokovic.

Ini adalah kali kelima Djokovic mara ke final Terbuka Australia selepas memenangi empat daripada final di Melbourne.

Dia menewaskan Murray pada final 2011 dan 2013.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain