suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berita Buruk Buat Chelsea: Diego Costa Digantung 3 Perlawanan

Diego Costa

> Bermakna tidak dapat diturunkan menentang Man City pada Sabtu

> Costa didapati bersalah memijak pemain Liverpool Emre

> Dalam perlawanan itu Chelsea menumpaskan Liverpool untuk mara ke final Piala Capital One

> Jose Mourinho bertindak balas membatalkan sidang akhbar pra perlawanan menentang City

CHELSEA menerima tamparan hebat menjelang pertemuan 'top of the table' menentang Manchester City pada Sabtu selepas penyerang utama mereka Diego Costa digantung tiga perlawanan berkuatkuasa serta merta.

Jawatankuasa Disiplin FA Inggeris mendapati Costa bersalah kerana memijak pemain Liverpool, Emre dalam perlawanan separuh akhir Piala Capital One baru-baru ini.

Jose Mourinho juga terpaksa melupakan khidmat Costa dalam perlawanan menentang Aston Villa dan Everton.

Costa telah menjaringkan 17 gol dalam perlawanan liga setakat ini menjadikannya penjaring gol terbanyak.

Pengantungan tiga perlawanan buat Costa bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana Chelsea juga akan kehilangan khidmat pemain tengah Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan otot.

TIGA PERLAWANAN CHELSEA TANPA COSTA:

31 Jan: Manchester City

7 Feb: Aston Villa

11 Feb: Everton

Artikel Berikut

Artikel Lain