suria

Paul Pogba Sedia Tinggalkan Juventus

PEMAIN muda Perancis, Paul Pogba yang menjadi sasaran kelab terkemuka dunia sedia meninggalkan pasukan yang diwakili ketika ini iaitu Juventus.

Ejennya, Mino Raiola berkata, pemain berusia 21 tahun itu sedia meninggalkan Juventus pada 2017 untuk menyarung jersi kelab lain di Eropah.

Tempoh dua tahun itu diambil oleh Pogba untuk memperbaiki prestasi sebelum berhijrah.

Pemain yang dilepaskan secara percuma oleh Manchester United itu kini menjadi buruan Chelsea, Manchester City, Real Madrid dan PSG.

Selain itu, United turut kembali menyatakan minatnya terhadap Pogba meskipun pernah mengecewakan pemain berkenaan.

Bagaimanapun Raiola memberitahu, tidak mustahil juga jika Pogba meninggalkan Juventus pada akhir musim ini sekiranya terdapat bidaan tinggi dari kelab-kelab terkemuka dunia.

"Jika kelab terkenal tidak dapat membida Cristiano Ronaldo, Lionel Messi atau Zlatan Ibrahimovic, mereka boleh dapatkan Pogba kerana dia juga sehebat mereka," jelas Raiola.





Juventus, Paul Pogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain