suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Hampir Dapatkan Dua Pemain Baharu

MANCHESTER UNITED dilapor akan  melakukan pembelian dua pemain pertahanan sebelum jendela pemindahan Januari ditutup.

Mirror.co melaporkan Louis van Gaal kini semakin hampir untuk menyelesaikan pemindahan kedua-dua pemain berkenaan dalam usaha memberi saingan kepada barisan pertahanan sedia ada.

Dalam laporan pada Khamis, United didakwa telah membuat bidaan sebanyak £37 juta untuk mendapatkan Mats Hummels.

Hummels dan Laporte menjadi buruan United.

Selain itu, skuad gergasi itu turut berusaha mendapatkan pertahanan Athletic Bilbao, Aymeric Laporte menerusi penebusan kontrak bernilai £31 juta.

Hummels dikatakan pilihan utama Van Gaal dalam membentuk barisan pertahanan terbaik dunia dari United.

Bintang Jerman itu dilapor akan meninggalkan Borussia Dortmund pada musim depan, namun United berusaha untuk mendapatkannya secepat mungkin.


Manchester United, Jerman, Pertahanan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain