suria

Terbuka Australia: Williams Rangkul Grand Slam Ke-19, Tewaskan Sharapova

Juara Terbuka Australia 2015, Williams (kiri) bersama Sharapova.

SERENA Williams berdepan dengan saingan sengit daripada Maria Sharapova sebelum merangkul gelaran Grand Slam ke-19 dengan kemenangan 6-3 7-6 pada aksi final Terbuka Australia, pada Sabtu.

Sharapova yang gagal menewaskan Williams hampir sedekad tidak dapat menandingi lawannya itu pada set pertama permainan yang memudahkan pemain no.1 dunia itu mencatat kemenangan 6-3.

Namun pada babak kedua, pemain Rusia itu yang juga pilihan kedua kejohanan bangkit membalas setiap pukulan kencang Williams sehingga kedudukan terikat 5-5 sebelum bintang Amerika Syarikat itu mempamerkan aksi bijak mencatat kemenangan sempurna pada set kedua dan menamatkan set dengan 7-6.

Kemenangan ini juga merupakan gelaran Grand Slam ke-19 buat Williams yang menyaksikannya hanya ketinggalan tiga kemenangan Grand Slam sahaja lagi untuk menyamai pencapaian Steffi Graf iaitu dengan 22 gelaran.

Hanya terdapat empat kejohanan Grand Slam dalam sirkit profesional tenis dunia iaitu Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat.


final wanita, Terbuka Australia

Artikel Lain