suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Neymar Tewaskan Atletico

Pergerakan Messi dan disudahi Neymar membawa kemenangan kepada Barcelona ketika menentang Atletico Madrid.

BERTAHAN dengan hanya sembilan pemain, Atletico Madrid terpaksa menerima kenyataan tewas dalam perlawanan menentang Barcelona pada Rabu malam.

Gabi menerima padah pada separuh masa pertama selepas menentang keputusan pengadil, diikuti Mario Suarez yang dilayangkan kad merah.

Insiden ini bagaikan petanda kekalahan bakal memihak kepada pasukan itu dalam persaingan Copa del Rey itu.

Bagaimanapun, sebaik sepak iaitu pada saat ke-39 perlawanan berlangsung, kelicikan Fernando Torres membuahkan hasil apabila berjaya mendahului lawan.

Tidak lama selepas itu hanya kira-kira 10 minit Neymar menjaringkan gol penyamaan sebelum Atletico mendapat peluang menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Raul Garcia.

Bagaimanapun, pergerakan yang diatur Lionel Messi dan penyudahnya sekali lagi dilakukan Neymar pada minit ke 41 meletakkan Barca mengungguli perlawanan itu dengan keputusan akhir 3-2 atau agregat 4-2.





Neymar, Barcelona, Atletico Madrid, Gabi

Artikel Sebelum

Ronaldo Digantung Dua Perlawanan

Artikel Berikut

Keputusan Piala Liga Inggeris

Artikel Lain