suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Figo Bakal Rebut Kerusi Presiden FIFA

THE Great’ Luis Figo mengumumkan akan bertanding merebut kerusi utama presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dipegang Sepp Blatter sejak tahun 1998.

Figo,42, memberitahu CNN ketika pertemuan ekslusif pada Rabu bahawa dia mendapat lima sokongan daripada ahli jawatankuasa persekutuan untuk bersaing merebut jawatan utama ini, walaupun belum menyenaraikan namanya lagi.

“Saya mengambil berat perkembangan bola sepak, dan saya tidak suka melihat imej FIFA sejak dulu lagi.

“Jika kamu mencari nama FIFA di internat, perkataan pertama yang dilihat adalah mengenai skandal dan ia bukan perkataan yang positif.

“Itu perkara pertama yang perlu kita ubah dan cuba memperbaiki imej FIFA. Bola sepak layak mendapat lebih baik daripada itu,” jelasnya.

Bekas pemain Real Madrid, Barcelona dan bintang Inter Milan ini pernah menerima anugerah Ballon d’Or pada tahun 2000 ini bukanlah bekas pemain pertama yang cuba menentang Blatter kerana sebelum ini David Ginola (bekas pemain Perancis) pernah cuba bertanding.

“Saya telah berbincang dengan ramai orang penting dalam dunia bola sepak seperti pemain, pengurus serta presiden persatuan, dan pandangan mereka adalah sama.

“Ketika Piala Dunia tahun lalu, saya turut berada di Brazil dan saya melihat reaksi daripada peminat-peminat mengenai FIFA dan saya yakin perubahan perlu dibuat.

“Tukar pimpinan, cara pengurusan, telus serta perlu sokongan setiap pihak. Jadi saya yakin inilah masa terbaik untuk perubahan itu,” tambahnya.

Selain Figo, Timbalan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Putera Ali bin Al Hussein, Pengarah Bola Sepak Belanda Michael van Praag dan bekas pegawai FIFA Jerome Champagne turut mencabar kerusi Blatter pada Mei ini.

Luis Figo, Portugal, FIFA, Sepp Blatter

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Liga Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain