suria

Terbuka Australia: Beri Masa Kepada Kyrgios - Murray

Murray (kanan) bersalaman dengan Kyrgios sebaik sahaja tamat perlawanan.

ANDY Murray mahu peminat tenis agar memberi masa kepada bintang muda Australia, Nick Kyrgios untuk menjadi lebih matang dan membidas golongan yang memberi kritikan negatif ke atas pemain yang menjadi tumpuan di kejohanan tenis Terbuka Australia pada tahun ini. 


Pemain berusia 19 tahun itu mencuri perhatian dengan persembahan luar biasa apabila berjaya mara buat kali kedua di aksi grand slam itu malah meraih tempat hingga ke suku akhir. 

Hanya pengalaman memisahkan antara Kyrgios dan Murray apabila dia tewas dengan straight set namun juara dua kali grand slam itu memuji corak permainan yang luar biasa yang dipamerkan. 

“Ya, dia sangat kecewa dengan dirinya sendiri dan kadang kala, mengatakan sesuatu yang tidak perlu diucapkan. Tetapi, saya fikir saya juga melakukan perkara yang sama ketika berusia 19 tahun. Jadi, bagi masa untuknya menjadi matang dalam arena ini,” kata Murray mengenai kelantangan Kyrgios ketika perlawanan sehingga di  beri amaran oleh pengadil. 

“Ia hanya berlaku apabila bermain di hadapan penonton yang ramai dan terlepas cakap,” tambah pemain dari Scotland itu yang turut mengakui seringkali terlepas cakap di gelanggang apabila kecewa. 

“Saya pernah meluangkan masa dengan Kyrgios dan percaya dia adalah remaja yang baik. Dia sentiasa sopan dan menghormati orang lain. Mungkin dia melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya di dalam gelanggang sehingga menyakitkan hati seseorang.

"Dia hanya perlukan masa untuk menjadi matang. Semua orang membuat kesilapan ketika usia begitu,” ulas Murray.

Andy Murray, Nick Kyrgios

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain