suria

Ronaldo Digantung Dua Perlawanan

Sepakan Ronaldo terhadap Edimar mengakibatkan dia digantung dua perlawanan.

MADRID: Tindakannya menyepak pemain pertahanan Cordoba, Edimar mengakibatkan Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan dalam aksi La Liga, Sabtu lalu.

Walaupun Real Madrid memperoleh kemenangan 2-1, namun nasib tidak memihak kepada pemain terbaik dunia itu apabila dilayangkan kad merah, yang kesembilan sepanjang kariernya.

Penggantungan itu menyebabkan Ronaldo terlepas perlawanan di laman sendiri menentang Real Sociedad dan Sevilla, minggu depan.

Bagaimanapun, bintang Wales, Gareth Bale menjadi penyelamat Real dengan meledak gol kemenangan ketika permainan berbaki tujuh minit menerusi sepakan penalti.

Pemain kelahiran Sepanyol dan bekas penyerang Manchester United itu dikatakan boleh berdepan hukuman lebih berat kerana turut dilihat mengasari seorang lagi pemain Cordoba, Jose Crespo sebelum dikenakan kad merah.

Emosinya yang bagai terganggu sepanjang perlawanan itu terselah apabila selepas kemenangan Real, Ronaldi seakan cuba membangkitkan kemarahan penyokong Cordoba dengan menunjukkan logo kelab gergasi itu ke arah mereka sebelum beredar.

Begitupun, pemain berusia 29 tahun sudah pun meminta maaf atas tindakannya dalam laman sosial Twitter peribadinya. 


Cristiano Ronaldo, Edimar, La Liga

Artikel Berikut

Gol Neymar Tewaskan Atletico

Artikel Lain