suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Sydney: Troicki Julang Trofi ATP Selepas Digantung

PEMAIN tenis Serbia, Viktor Troicki kembali menggegar dunia tenis selepas bebas daripada penggantungan selama setahun kerana gagal dalam ujian dadah.

Troicki terus melakar kejayaan pertama selepas tamat hukuman itu dengan meraih trofi kejohanan ATP Sydney Antarabangsa, menewaskan rakan senegaranya, Mikhail Kukushkin 6-2 6-3 pada aksi akhir Sabtu malam.

Pemain berusia 28 tahun itu kembali ke gelanggang pada Julai lalu hanya mengambil masa sejam untuk mencatat gelaran ATP kedua kariernya.

"Kami berdua layak ke suku akhir dan bertemu di pentas akhir ini. Tidak dinafikan ia minggu yang sangat sukar.

"Selepas ini kami akan terus ke Melbourne dan beraksi pada Isnin ini," katanya selepas menerima trofi kemenangan.

Kejayaan ini menambahkan lagi semangatnya untuk beraksi lebih cemerlang pada kejohanan Terbuka Australia dan bakal bertemu dengan pemain Republik Czech, Jiri Vesely pada pusingan pertama.

Victor Troicki, ATP Sydney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain