suria

Wajah Peminat United 'Klon" Van Gaal Ketika Muda

BERGAMBAR bersama peminat adalah sebahagian daripada tugas pasukan Manchester United dan ia sudah menjadi rutin.

Namun sesi 'selfie' peminat muda United di Loftus Road ketika aksi kemenangan 2-0 ke atas Queens Park Rangers (QPR) pada Sabtu malam benar-benar menarik minat penonton.

Ini kerana wajah kanak-kanak tersebut dikatakan menyerupai wajah Van Gaal ketika zaman mudanya.

Gambar selfie bersama Van Gaal itu menjadi viral di laman sosial dan ada sebahagian peminat-peminat bergurau menyuruh bekas jurulatih Belanda itu 'kembali ke zaman mudanya'.

Artikel Lain