suria

United Kutip Mata Penuh, Chelsea Benam Swansea 5-0

Fellaini menjaringkan gol pertama perlawanan ketika bertemu QPR.

PASUKAN Manchester United berjaya mengutip mata penuh selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Queens Park Rangers pada aksi lewat Sabtu malam.

Pemain gantian, Marouane Fellaini dan James Wilson menjaringkan gol pada babak kedua mengesahkan tiga mata skuad kendalian Louis Van Gaal selepas gagal mencipta sebarang peluang pada separuh masa pertama

Sementara itu dalam satu lagi aksi, pendahulu liga, Chelsea bertindak garang apabila membenam Swansea City 5-0 juga di tempat lawan.

Anak buah Jose Mourinho ini bertindak agresif dan mendahului selesa dengan empat gol tanpa balas pada babak pertama sekaligus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas  dengan kelebihan lima mata.

Pemain tengah Brazil, Oscar dan penyerang Sepanyol, Diego Costa masing-masing menyumbang dua gol dalam tempoh 35 minit permainan.

Manakala pemain gantian, Andre Schuerrle melengkapkan derita tuan rumah dengan gol kelima pada minit terakhir permainan di Stadium Liberty.

Selain itu, pasukan Liverpool kembali bersemangat apabila Fabio Borini dan Rickie Lambert masing-masing menyumbang satu gol ketika menang 2-0 mengatasi Aston Villa.

Kekalahan ini menyaksikan Villa  gagal menjaringkan sebarang gol daripada jumlah lima perlawanan liga.

Liga Perdana Inggeris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain