suria

Pendaftaran Pemilihan Pelumba OMR Dibuka

PENDAFTARAN bagi sesi pemilihan pelumba untuk kategori Perlumbaan Kategori Satu Pengeluar (OMR) Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi musim 2015 mula dibuka.

Sama seperti musim-musim lepas, perlumbaan yang dianjurkan bersama-sama pengeluar, Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Hong Leong Yamaha Motor Malaysia Sdn Bhd ini terus memainkan peranan penting dalam melahirkan pelumba-pelumba tempatan berbakat khususnya di peringkat remaja. 

Antara bakat-bakat yang lahir dari program ini termasuklah dua pelumba di bawah Program Pembangunan Bakat Pelumba PETRONAS ketika ini, Hafizh Syahrin Abdullah (Moto2) dan Mohd Ramdan Mohd Rosli (Moto3) yang memulakan karier dalam siri perlumbaan Yamaha manakala Mohd Zulfahmi Khairuddin memulakan karier di dalam siri perlumbaan Junior GP pada tahun 2007.

Turut mengikut jejak langkah serupa ialah peluumba berusia 17 tahun, Khairul Idham Pawi yang bakal beraksi dalam saingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV setelah mempamer aksi cemerlang menjuarai dua kelas perlumbaan, Wira dan Asia Dream Cup (ADC) pada musim 2014.

"Sukan permotoran melibatkan kos perbelanjaan yanng tinggi dan ada kalanya ia menjadi penghalang kepada remaja-remaja yang berminat dan berbakat untuk memulakan langkah awal dalam karier perlumbaan.

"Dengan adanya siri perlumbaan satu pengeluar ini, ia dapat meringankan beban pelumba-pelumba di mana pihak pengeluar akan menyediakan jentera, peralatan perlumbaan dan juga persediaan teknikal.

"Pelumba yang terpilih hanya perlu memberi sepenuh tumpuan untuk mengasah dan mempamerkan bakat yang ada  dalam perlumbaan yang begitu kompetitif ini," jelas Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), Ron Hogg.

Pendaftaran terbuka kepada pelumba berumur 13 hingga 27 tahun.

Kepada yang berminat boleh hubungi pihhak SAM di talian 03-87338787 dari 10 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat atau membuat pendaftaran melalui laman facebook Malaysian Cub Prix. 

Tarikh tutup pendaftaran pada 23 Januari 2015.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain