suria

United Terus Buru Hummels, Arsenal Intai Gundogan

Mats Hummels.
MANCHESTER United bersedia untuk menawarkan bidaan sebanyak £35  juta kepada Borussia Dortmund untuk mendapatkan pemain pertahanannya, Mats Hummels.

Pengurus Louis van Gaal begitu terdesak untuk mendapatkan Hummels kerana ingin memantapkan skuad kendaliannya dalam usaha meraih trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pada masa sama, benteng pertahanan United agak goyah berikutan beberapa pemain di bahagian itu dibelenggu kecederaan.

Menurut laporan The Mirror, United bersedia untuk menawarkan sejumlah besar bidaan terhadap Hummels yang dilaporkan kecewa dengan prestasi pasukannya pada kempen Bundesliga musim ini.

Selain itu, Arsenal turut berminat untuk mendapatkan khidmat Hummels dan rakan pasukannya, Ilkay Gundogan.

Ilkay Gundogan.

Arsenal hanya sanggup membelanjakan sebanyak £16 juta terhadap Gundogan yang kini diberi kata dua oleh Borussia mengenai perjanjian kontraknya yang kini berbaki 18 bulan sahaja lagi.

Mats Hummels, Manchester United

Artikel Sebelum

Tuah Jersi Biru Cardiff City

Artikel Berikut

Sharapova Raih Gelaran Ke-34

Artikel Lain