suria

Sharapova Raih Gelaran Ke-34

Gelagat spontan Sharapova sebaik memperoleh mata kemenangan dan menjuarai kejohanan Antarabangsa Brisbane, Sabtu.

BRISBANE: Kejayaan menumpaskan Ana Ivanovic dalam final pada kejohanan Antarabangsa Brisbane sekali gus mencatatkan sejarah peribadi yang cemerlang buat Maria Sharapova.

Kemenangan itu adalah gelaran ke-34 yang diperolehnya dalam kerjayanya.

Sharapova menang 6-7 (4/7), 6-3, 6-3 untuk mengesahkan kejuaraan dalam tempoh dua jam 38 minit di hadapan penyokong ramai di Arena Pat Rafter.

Ini adalah kali ke-13 berturut-turut bintang dari Russia itu menang sekurang-kurangnya satu gelaran WTA.

"Saya turun ke gelanggang dengan menjangkakan perlawanan yang sukar. Memang ini final yang berkualiti," kata Sharapova.

"Saya gemar ke sini, bermula di sini. Saya bermain empat perlawanan yang baik menentang lawan yang berbeza. Ini satu persiapan yang baik untuk Terbuka Australia." 

Sharapova, Ivanovic, Brisbane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain