suria

Chelsea Terus Terajui Liga, City Sekadar Seri

Costa memeluk Oscar untuk meraikan jaringannya.
LONDON: Chelsea terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Newcastle United 2-0 di Stamford Bridge, awal pagi Ahad.

Skuad kendalian pengurus Jose Mourinho mendahului pencabar utama Manchester City dengan dua mata hasil jaringan Oscar dan Diego Costa.

Ini adalah kemenangan ke-10 untuk Chelsea di Stamford Bridge.

City yang pada awalnya berkongsi mata dengan Chelsea sekadar meraih keputusan seri 1-1 dengan Everton.

Gol City diperoleh menerusi Fernandinho tetapi Steven Naismith menyelamatkan Everton dengan gol penyamaan.


Naismith menanduk masuk gol penyamaan untuk Everton.

Chelsea kini mengutip 49 mata daripada 21 perlawanan manakala City yang menduduki tangga kedua mengumpul 47 mata.


Artikel Sebelum

Sharapova Raih Gelaran Ke-34

Artikel Berikut

Keputusan Tenis WTA Brisbane

Artikel Lain