suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata' - Presiden FAM

KUALA LUMPUR: “Biar putih tulang, jangan putih mata”, ujar presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada barisan pemain Harimau Malaya.

Skuad bimbingan Dollah Salleh itu bakal berdepan dengan Thailand pada aksi ‘hidup mati’ akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Jelas beliau, semua rakyat Malaysia mahu melihat permainan yang baik daripada pasukan Harimau Malaya.

“Saya harap pemain-pemain kita dapat mencapai kemenangan yang diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Mereka perlu bermain bermati-matian dan ‘biar putih tulang, jangan putih mata’,” katanya selepas Mesyuarat Jawatan Eksekutif Khas Kali kedua Bagi Penggal 2014-2018 pada Jumaat.

Dalam masa sama, Tengku Abdullah berkata turut merayu kepada semua penyokong Harimau Malaya agar menjaga nama baik negara.

“Saya berharap pada perlawanan nanti, tidak ada kekacauan yang boleh mencemarkan nama baik Malaysia kerana kita sedia maklum perlawanan ini satu aksi berprofil tinggi, malah mungkin akan disaksikan oleh 200-300 juta atau mungkin lebih daripada itu.

“Jagalah nama baik negara, ‘jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga,” ujar beliau.

Sebagai rekod, pasukan Malaysia tewas 2-0 kepada Thailand pada final pertama di Bangkok Rabu lalu.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain