suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Flamini Mahu Arsenal Bangkit Lakar Kejayaan

PEMAIN tengah Arsenal, Mathieu Flamini mahu rakan sepasukan berusaha membawa keluar kelab itu daripada kedudukan mengecewakan ketika ini.

The Gunners dikritik hebat termasuk terhadapnya pengurusnya selepas skuad tersebut tewas 2-3 kepada Stoke City baru-baru ini.

Dalam kritikan itu, terdapat kumpulan penyokong mahu pengendali Arsenal, Arsene Wenger melepaskan kedudukan yang disandang sejak 18 tahun lalu.

Bagaimanapun berdasarkan kemenangan 4-1 ke atas Newcastle, Flamini mahu rakan sepasukan mengekalkan momentum untuk terus melakar kejayaan.

"Saya percaya bahawa Arsenal mampu mencapai sesuatu kejayaan termasuk Liga Juara-juara Eropah.

"Kami mempunyai kualiti - kuat di pertahanan, pemain tengah yang baik dan juga serangan. Cuma kami tidak bertuah kerana krisis kecederaan.

"Tidak mudah untuk menghadapi cabaran dalam keadaan kelab sedang mengalami krisis kecederaan ketika ini," katanya.

Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PSG Tekad Kalahkan Chelsea

Artikel Lain