suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG Tekad Kalahkan Chelsea

PARIS Saint-Germain (PSG) memberi amaran kepada Chelsea bahawa pasukan itu telah bersedia menebus dendam kekalahan pada saingan Liga Juara-juara Eropah musim lalu.

Pertahanan tengah PSG, Marquinhos berkata, kelabnya tidak dapat melupakan kekecewaan apabila disekat daripada mara ke saingan separuh akhir musim lalu ketika  tewas kepada gol lewat Demba Ba.

Chelsea dan PSG akan bertemu pada saingan kalah mati musim ini dan pemain kelahiran Brazil itu memberitahu, membalas dendam merupakan agenda utama skuadnya.

"Pada peringkat ini, hanya pasukan hebat yang akan bersaing. Oleh itu kami akan berkerja keras melakukan persiapan untuk dua perlawanan.

"Chelsea pernah menjuarai Liga Juara-juara Eropah dan mereka juga kini merupakan pendahulu EPL. Kami akan berusaha untuk memenangi saingan kali ini dengan memberi aksi terbaik.

"Kekalahan musim lalu sangat menyedihkan, kami akan mengelak daripada ia berulang," katanya dalam temubual sebuah siaran televisyen.


PSG, Chelsea, Marquinhos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain