suria

Atur Perlawanan: Pemain Man United Bakal Dipenjara

PEMAIN tengah Manchester United, Ander Herrera bakal dipenjara atau dilarang melibatkan diri dalam bola sepak jika didapati bersalah dalam aktiviti mengatur perlawanan oleh pihak berkuasa Sepanyol.

Selain Herrera, pemain Swansea, Jefferson Montero juga bakal berdepan hukuman sama selepas nama mereka disenarai dalam aduan jenayah badan anti rasuah Sepanyol di Valencia.

Dalam aduan jenayah berkenaan, seramai 41 pemain, pengurus dan pengarah pasukan telah didakwa terlibat dalam kes yang dikendalikan oleh Pendakwaraya Sepanyol, Alejandro Luzon.

Pesalah mengatur perlawanan boleh dipenjara atau disekat daripada terlibat dalam bola sepak selama enam tahun.

Setakat ini, Luzon dilapor telah menyoal 25 inidividu yang terlibat sebelum membawa kes tersebut ke mahkamah.

Manchester United, Sepanyol

Artikel Sebelum

PSG Tekad Kalahkan Chelsea

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain