suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14,000 Tiket Final Kedua Piala AFF Suzuki Dijual Dalam Talian

PETALING JAYA: Sebanyak 14,000 tiket dalam talian telah dijual setelah talian itu dibuka pagi Ahad bagi perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di sini, pada 20 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundram berkata, penyokong boleh mula menebus tiket berkenaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada Rabu ini, bermula 10 pagi hingga 7 petang.

"Tiket atas talian telah dibuka pada 9 pagi semalam, dan sehingga hari ini kita telah menjual sebanyak 14,000 daripada 20,000 tiket yang diperuntukkan untuk jualan dalam talian bagi perlawanan akhir kedua ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa penganjur tempatan di Wisma FAM di sini, Isnin.

Perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok, Rabu ini.

Sementara itu, beliau berkata tiket perlawanan akhir kedua akan mula dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis, bermula 9 pagi hingga 6 petang dan sehingga sepak mula berlangsung pada Sabtu ini.

Katanya, sebanyak 90,000 tiket diperuntukkan pada perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil dan sebanyak 2,500 diperuntukkan kepada penyokong Thailand.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain