suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Gaal Tidak Menyesal Jual Welbeck

PENGENDALI Manchester United, Louis van Gaal mengakui tidak pernah menyesal apabila menjual penyerang England, Danny Welbeck kepada Arsenal.

Jurulatih kelahiran Belanda itu menegaskan, United memerlukan dana bagi membawa masuk Radamel Falcao ketika itu dan tindakan tepat ialah menjual Welbeck.

Isu penjualan Welbeck kepada Arsenal kembali dibangkit apabila United bakal turun sebagai pasukan pelawat di Stadium Emirates pada awal pagi Ahad.

Bekas penyerang United yang merupakan pemain dari akademi kelab berkenaan dijual pada harga £16 juta kepada Arsenal.

Sejak itu, dia telah menjaringkan lima gol untuk Arsenal dan lima gol lagi untuk skuad kebangsaan England.

"Saya telah memberitahu bahawa saya fikir dia (Welbeck) bukan pemain yang menjadi keutamaan dalam skuad. Dia lebih kepada pemain simpanan," kata van Gaal.

Manchester United

Artikel Lain