suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sturridge Berehat Sehingga 2015

KELAB Liverpool mengesahkan Daniel Sturridge terpaksa berehat sehingga tahun depan berikutan kecederaan paha yang dialaminya.

Pemain berusia 25 tahun itu terkeluar dari sesi latihan kerana kesakitan di paha.

Keputusan pemeriksaan imbasan mendapati Sturridge tidak boleh bermain tanpa tempoh yang tidak diketahui.

"Keputusan imbasan mendapati Daniel Sturridge mengalami kecederaan baharu di paha.

"Pemain itu tidak akan beraksi, namun akan dipantau sepanjang proses pemulihannya," jelas kenyataan kelab pada Khamis.

Sementara itu, pengurus England, Roy Hodgson memberi reaksi berbeza mengenai keadaan Sturridge itu.

"Berita buruk kepada pasukan Liverpool. Cuma bernasib kerana pasukan England tidak ada perlawanan sehingga Mac ini.

"Harapnya pada Mac depan dia boleh pulih sepenuhnya," jelas Hodgson.

Daniel Sturridge, Liverpool, England

Artikel Berikut

Artikel Lain