suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jürgen Klopp Sedia Ke Liga Perdana Inggeris

JURULATIH Borussia Dortmund, Jürgen Klopp memberi bayangan bahawa dia bersedia untuk membimbing kelab di Liga Perdana Inggeris.

Klopp yang dikaitkan dengan perpindahan ke England dikatakan akan membimbing Manchester City atau Chelsea, malah tidak mungkin juga Arsenal.

Klopp mendedahkan bahawa England merupakan negara penting baginya selepas tanah airnya iaitu Jerman - juga bagi meningkatkan pengalaman sebagai jurulatih.

"Ia (England) merupakan negara yang saya fikir perlu bekerja selepas Jerman. Selain mengetahui serba sikit tentang bahasanya, saya perlu bekerja di situ untuk mendalami bahasa mereka bagi kerja saya.

"Jika ada sesiapa menghubungi saya (dari England), saya akan bercakap mengenainya (perpindahan)," jelasnya.

Klopp berjaya membawa Dortmund menjuarai Bundesliga selain berada di pentas final Liga Juara-juara Eropah musim lalu.

Artikel Lain