suria

Vettel Sah Sertai Ferrari

Sebastian Vettel
FERRARI mengesahkan bahawa Fernando Alonso akan meninggalkan pasukan pada akhir musim ini dan Sebastian Vettel dari Red Bull akan menyertai pasukan Itali itu.

Sebastian Vettel berharap dapat mengikut jejak Michael Schumacher di Formula 1 selepas Ferrari, pada hari Khamis mengesahkan bahawa juara dunia empat kali itu akan menggantikan Fernando Alonso pada musim depan dengan mengikat kontrak tiga tahun.

Berita yang telah lama ditunggu-tunggu itu telah menjadi tanda-tanya sejak Jerman, pada Oktober mengumumkan bahawa dia bakal meninggalkan Red Bull, sekali gus meninggalkan pasangannnya selama lima tahun dan juga juara dunia dua kali, Alonso.

Vettel akan bergandingan dengan juara dunia 2007 dari Finland, Kimi Raikkonen, yang masih mempunyai baki kontrak selama setahun.

"Peringkat seterusnya dalam kerjaya Formula 1 saya akan dihabiskan bersama Scuderia Ferrari dan bagi saya ini bermakna impian seumur hidup telah menjadi kenyataan," kata Vettel.

"Ketika saya masih kecil, Michael Schumacher yang memandu kereta merah adalah idola saya yang paling besar dan kini adalah satu penghormatan yang luar biasa apabila saya akhirnya mendapat peluang memandu Ferrari," kata pemandu berusia 27 tahun itu, yang mencatat kemenangan kali pertama di Monza pada tahun 2008.

Rakan senegaranya, Schumacher memenangi lima daripada tujuh gelaran dengan Ferrari.

"Scuderia mempunyai tradisi sangat baik dalam sukan ini dan saya sangat bermotivasi untuk membantu pasukan ini untuk kembali di kedudukan teratas. Saya akan meletakkan hati dan jiwa saya supaya perkara ini berlaku," kata Vettel.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain