suria

Arsenal Mahu Pep Guardiola Ganti Arsene Wenger

ARSENAL dilapor menyasarkan jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola sebagai pengganti Arsene Wenger.

Starsport melaporkan, tindakan untuk menggantikan Wenger dengan jurulatih baharu dibuat pihak pengurusan tertinggi kelab selepas mereka tidak mampu lagi bersabar dengan prestasi Arsenal ketika ini.

Selain Guardiola, pengendali Everton iaitu Roberto Martinez antara nama yang disebut untuk menggantikan Wenger.

Wenger yang menjadi jurulatih Arsenal sejak 18 tahun lalu dikatakan gagal membawa kelab itu ke kedudukan yang lebih tinggi dikalangan kelab-kelab di eropah.

Pada masa sama, Guardiola yang juga bekas pemain tengah pertahanan Sepanyol turut tidak menyembunyikan hasrat untuk mengurus kelab di England.

Sebelum mengemudi kelab gergasi Jerman itu pada 2012, Guardiola dilaporkan pernah berkata," Sebagai pemain (sebelum ini) saya tidak dapat merealisasikan impian untuk bermain di sini (England).

"Tetapi saya harap dapat memberi saingan sebagai jurulatih dan pengurus, selain menimba pengalaman dengan pemain yang berada di sini (England) pada masa akan datang.

"Ia unik jika dapat bermain di Liga Perdana Inggeris. Saya ingin rasai sokongan peminat, suasana, media dan gaya pemain."


Arsenal, Pep Guardiola

Artikel Berikut

Vettel Sah Sertai Ferrari

Artikel Lain