suria

Van Gaal Sekat Usaha Arsenal Dapatkan Chris Smalling

PENGENDALI Manchester United, Louis van Gaal telah menyekat usaha Arsenal untuk mendapatkan Chris Smalling menerusi tingkap pemindahan Januari depan, lapor Daily Star.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sebelum ini dikatakan telah membuat persediaan untuk mendapatkan Smalling pada harga £10 juta.

Malangnya hasrat jurulatih dari Perancis itu tidak kesampaian apabila usaha mereka disekat oleh Van Gaal dengan alasan United juga kekurangan pemain pertahanan akibat kecederaan.

Wenger memerlukan Smalling di bahagian pertahanan sebagai persediaan mengharungi Liga Juara-juara Eropah.



Van Gaal selain itu turut enggan mengulas mengenai kedudukan Smalling sehingga akhir musim ini.

United kini kehilangan Marcos Rojo, Phil Jones dan Jonny Evans. Berikutan itu, Daley Blind, Michael Carrick dan Paddy McNair menjadi pengganti di bahagian tengah barisan pertahanan.




Arsenal, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain