suria

Bekas Pemain Portsmouth Ditemui Mati Di Perancis

BEKAS pemain tengah Portsmouth Valery Mezague ditemui mati di apartmentnya di Perancis.

Pemain antarabangsa Cameroon berusia 30 tahun itu beraksi secara pinjaman bersama Portsmouth dari Montpellier pada tahun 2004.

Musim lalu Mezague bermain untuk kelab Liga Dua, Bury dengan mempamerkan tujuh aksi sebelum menyertai Divisyen Lima Perancis, Sporting Toulon Var.

Mezague juga pernah membantu Cameroon mara ke final Piala Konfederasi pada tahun 2003, bersama rakan sepasukan Marc-Vivien Foe yang meninggal dunia ketika aksi separuh akhir.

Setahun selepas itu, Mezague terlibat dengan kemalangan dan berada dalam keadaan koma selama tiga hari.

"Sesuatu yang menyedihkan telah berlaku dan Sporting Toulon mengesahkan kematian Valery Mezague," jelas kenyataan kelab.

Punca kematian Mezague masih belum dikenal pasti, namun sumber polis di Toulon berkata: "Keputusan autopsi akan diketahui pada Isnin. Setakat ini tidak ada syak berkaitan dengan aktiviti jenayah."

Mezague dilahirkan di Marseille namun bermain untuk negara ibubapanya dan karier antarabangsanya itu berakhir selepas terlibat dalam kemalangan.

Valery Mezague

Artikel Lain