suria

Dexamethasone Dari Klinik Pakar Sukan - Khairy

Gambar sekadar hiasan.

PUTRAJAYA: Bahan terlarang dexamethasone yang diuji positif ke atas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bukan dari Institut Sukan Negara (ISN).

Menurut Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bahan itu diterima dari Klinik Pakar Sukan Kuala Lumpur yang digunakan untuk memulihkan kecederaan.

"Dexamethasone dibenarkan kepada atlet yang sedang menjalani rawatan pemulihan.

"Biasanya bahan itu akan hilang daripada badan dalam masa 10 hari, namun dalam kes ini kami tidak pasti kenapa mengambil tempoh yang lama," jelasnya selepas pelancaran Karnival GeNexter 2014 di Putrajaya, Ahad.

Khairy berkata, ISN telah menyarankan agar Chong Wei pergi mendapatkan rawatan lanjut di klinik tersebut.

Mengenai proses pendengaran dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Khairy berkata persediaan sedang dibuat.

Chong Wei,32, diuji positif dexamethasone ketika ujian doping secara rambang ketika aksi Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen ogos lalu.

lee chong wei, dexamethasone

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain