suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdullah Siok Lepaskan Jawatan Naib Presiden PTAM

KUALA TERENGGANU: Setelah lebih 30 tahun berkecimpung dalam Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), naib presidennya Abdullah Siok mengumumkan melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Abdullah, 74, yang juga pengerusi pertandingan PTAM berkata sudah tiba masanya beliau bersara dan berehat dan menurutnya pelepasan jawatan adalah secara sukarela tanpa ada sebab-sebab yang lain.

"Sebenarnya saya terlalu lama bersama exco persatuan dan saya hendak berehat serta beri peluang kepada orang-orang baharu memimpin persatuan ini," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Abdullah berkecimpung dalam persatuan itu sejak 1980 sebelum menjawat jawatan exco pada 1985. z

Pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai naib presiden PTAM hingga kini.

Katanya surat peletakan jawatan tersebut telahpun dihantar kepada presiden PTAM pada 1 Oktpber lepas tetapi sehingga kini beliau tidak menerima sebarang jawapan berhubung perkara itu.

Abdullah Siok, tinju

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain