suria

Chong Wei Perlu Diberi Layanan Terbaik - Pemuda MIC

C.Sivarraajh

KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei perlu diberi layanan terbaik untuk mengharungi keadaan semasa setelah sampel darah beliau didapati positif dalam ujian penggunaan bahan terlarang, kata Ketua Pemuda MIC C.Sivarraajh.

Beliau berkata Chong Wei seorang pemain luar biasa, yang banyak menyumbang kepada negara dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). 

"Kami bersimpati dengan beliau. Beliau (Chong Wei) menjadi harapan kita dan kami berdiri teguh di belakang beliau pada saat-saat yang memeritkan ini. BAM perlu memberi kepada Chong Wei segala bantuan yang beliau perlukan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sivarraajh berkata mulai sekarang, BAM juga perlu membuktikan Chong Wei tidak bersalah dan mempertahankan beliau.

"Beliau (Chong Wei) berkata beliau tidak bersalah dan kita sebagai rakyat Malaysia, bersatu hati mempercayai kata-kata beliau itu," katanya.  

Chong Wei disahkan positif dalam ujian penggunan bahan terlarang dikenali sebagai 'dexamethasone' dalam ujian terhadap 'Sampel B' yang dilakukan di Oslo University Hospital, Norway pada Rabu.

Pada sidang akhbar Sabtu, Timbalan Presiden BAM Datuk Norza Zakaria berkata beliau menerima keputusan rasmi itu daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Khamis.

"Di pihak kami, kami mempunyai beberapa justifikasi bahawa pemain ini tidak bersalah. Perkara paling utama sekarang ialah membantu pemain ini kerana beliau adalah sebahagian daripada anggota BAM.

Beliau telah banyak menyumbang kepadanegara," kata Norza. 

Ikon sukan itu dilaporkan gagal dalam ujian dadah pada kejohanan BadmintonDunia di Copenhagen pada Ogos.

pemuda mic, lee chong wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain